Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam menulis coretan yang menyentuh perasaan seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya.

Catatan tersebut berbunyi: aku penat.., aku letih.., bantu aku..., tolong aku..., dapatkan kembali tidurku yang hilang... Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17am 30/6/17.

Berdasarkan catatan di Facebook beliau, Azzam dimasukan ke hospital sejak 24 Jun lalu dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di hospital.

Komik 'Aku Hidup Dalam Blues' yang amat terkenal pada tahun 90-an merupakan hasil kerjasama Azzam yang juga dikenali dengan nama Toyon dan pelukis Shaari Sulong yang dikenali dengan nama Aie.

'Aku Hidup Dalam Blues' antara komik yang dimuatkan dalam majalah kartun Ujang.

Komik tersebut kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan menjadi buku.-UTUSAN ONLINE