Dalam kejadian pada pukul 10.35 pagi itu, Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.


Ketua Polis daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku setelah kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri ketika melalui laluan curam.


Katanya, kenderaan tersebut kemudiannya terjatuh dari cerun pada ketinggian 27 meter.


“Akibat kemalangan tersebut, mangsa parah dan meninggal dunja di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE