Mohd Asri Muda, 48 dan Md Jelani BaharI, 80, yang dalam perjalanan ke pasar tani Bandar Permaisuri meninggal dunia di 
tempat kejadian.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu kereta yang mereka naiki, Nor Azan Md Jelani,47, dan pemandu sebuah lagi kereta, Wan Shamira Syaidatul Akma Wan Sanusi,26, cedera parah.


Kereta yang dipandu oleh Nor Azan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dirempuh di bahagian sisi oleh kereta yang dipandu oleh Wan Shamira yang gagaL mengelak ketika menghala ke Kuala Terengganu.


Sementara itu, Pemangku Pegawai Operasi Balai Bomba Kuala Nerus, Mohd Faizal Ramli memberitahu, mangsa yang tersepit dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihaknya tiba.

Pihaknya mengambil masa kira-kira sejam untuk membersihkan tempat kejadian bagi membolehkan trafik kembali lancar. - Utusan Online