Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pukul 12.50 pagi tadi di Jalan Heng Choon Thiang di sini, mangsa, Lim Aun Pian, 43, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran yang datang dari arah lampu isyarat Jalan Bagan Luar menghala ke Jalan Sungai Nyior telah merempuh mangsa.

“Oleh itu, polis memohon bantuan orang awam yang menyaksikan kemalangan ini supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa yang berasal dari Kemunting, Perak telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE