Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Razif Mohamad Haris berkata, kebakaran pada pukul 9.20 malam itu memusnahkan kira-kira 50 peratus struktur premis itu


“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.24 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.


“Pemilik premis memaklumkan dia kerugian lebih RM100,000 termasuk stok bateri dan kelengkapan di kedai tersebut yang terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Razif berkata, seramai 32 anggota bersama beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Telok Kemang dan Seremban 2 terlibat dalam operasi memadam kebakaran premis itu.


Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa berlaku dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit. - UTUSAN ONLINE