Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Faiz Othman, 24, dari Kuartes Felda Lepar Hilir 1 Gambang di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Segamat dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

"Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE