Dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu, sebuah kereta Proton Iswara Aeroback terputus dua selepas berlanggar dengan kereta jenis Honda Civic dinaiki seramai empat sekeluarga.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa yang maut ialah pemandu Proton Iswara Aeroback, Mohamad Zamirhakim Rahmad.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Iswara Aeroback dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke arah Rompin gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Civic yang datang dari arah bertentangan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE