Mayat Daud Hussin, 55 ditemukan oleh seorang pemancing kira-kira pukul 6.18 petang selepas melihat satu objek terapung di dalam sungai berkenaan.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.


Menurutnya, mayat tersebut ditemui dalam keadaan dengan berpakaian.


“Hasil siasatan lanjut mendapati punca kematian itu disebabkan oleh lemas berdasarkan kepada laporan perubatan.


“Bukan itu sahaja tiada sebarang kesan perlakuan jenayah ketika mayat mangsa di temui,” katanya. - UTUSAN ONLINE.