Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, mangsa Ranjit Singh Balbir Singh, 45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala manakala rakannya Umar yang berasal dari Pakistan cedera di kepala dan dada.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari arah Kepong menghala ke Selayang sebelum terlibat dalam nahas tersebut.

“Kemalangan tersebut berlaku di lorong kiri iaitu hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi Ranjit Singh terbabas sendiri dengan melanggar pembahagi jalan sebelum mangsa terjatuh lebih empat meter dari jejambat.

“Akibat dari kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya pula masih mene­rima rawatan di zon merah Hospital Selayang dekat sini,” katanya di sini hari ini.

Zulkefly memberitahu, mangsa berasal dari Batu Caves dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sebelum dise­rahkan kepada anggota keluar­ganya.

Jelasnya, kes tersebut disiasat mengikut Siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.