Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengawal keselamatan maut dirempuh

DUNGUN 14 Mei - Seorang pengawal keselamatan maut setelah motosikalnya dirempuh sebuah kereta dalam nahas di Kilometer 69 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Bukit Besi malam tadi.

 

Anuar Mohd Nor
Anuar Mohd Nor

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Anuar Mohd Nor, 45, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

 Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub ketika mengesahkan kejadian memberitahu, mangsa dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Paya Lawas setelah selesai tugasannya.

"Sebuah kereta dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

 "Mangsa tercampak sejauh 15 meter ke tengah jalan dan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang dialaminya," katanya ketika dihubungi.

 Beliau berkata, pemandu kenderaan terbabit pada awalnya dikatakan memberhentikan kenderaan  namun tidak lama kemudian meninggalkan tempat kejadian.

 Beliau  meminta meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya dapat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain