Antara mereka yang terpaksa bermalam di sekolah terbabit disebabkan terperangkap akibat banjir ialah pasangan kembar berusia sembilan tahun, Jodin Kok dan abangnya, Kenny Kok.

Jodin ketika menceritakan semula pengalamannya berkata, dia agak risau apabila memikirkan keadaan Kenny yang kurang sihat kerana demam.

“Ia satu pengalaman, saya berasa baik-baik sahaja. Cuma saya risau abang yang demam sejak kelmarin,” katanya ketika ditemui selepas berjaya dibawa keluar oleh keluarganya di luar pekarangan sekolah tersebut di sini semalam.

Jodin menambah, sebelum kejadian dia bersama abang kembarnya serta murid-murid lain berada di bilik darjah masing-masing sebelum diminta oleh guru supaya bergerak ke tingkat satu selepas kawasan sekolah dinaiki air.

Katanya, makanan seterusnya diberikan kepada semua murid terlibat selain diawasi oleh dua guru.

Sementara itu, bapa kepada pasangan kembar berkenaan, Kok Lim Sin, 57, melahirkan penghargaan atas tindakan pantas pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan semua murid terbabit.