Md. Razali Md. Derus, 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya manakala anaknya, Mat Rosdie, 21, patah tangan kiri dan paha kanan.

Pemandu Nissan Sylphy, Norhisham Ahmad, 42, pula luka pada kening kanan dan lutut kiri dan dua penumpang kenderaan itu, Mazliny Mohd. Zaid, 40, patah tangan kiri manakala anak Norhisham, Muhamad Norarif, 19, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, kejadian berlaku apabila Nissan Sylphy dipandu Norhisham terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dipandu Mat Rosdie.

"Akibat daripada pertembungan itu, penumpang Proton Gen 2 meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera di tangan dan kaki dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE