Kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang semalam di kawasan pembalakan, Jalan Baru Parit-Seri Iskandar di sini menyebabkan mangsa, Usman Udun, 54, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa sedang menebang sebatang pokok namun akar pokok itu tersangkut dan terkena pada sebatang pokok mati.

Katanya, pokok mati itu kemudiannya tumbang dan menghempap mangsa dan kejadian itu disaksikan sendiri rakannya.

"Rakan mangsa menghubungi majikan bagi mendapatkam bantuan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala. Jenazah mangsa telah diserahkan kepada isterinya untuk dibawa pulang ke Palembang, Indonesia," katanya. - UTUSAN ONLINE