Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.02 pagi dan sebuah jentera melibatkan lima anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Jentera tiba 10 minit kemudian dan mendapati satu longgokan sampah berkeluasan 3 meter kaki persegi terbakar.

"Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadam oleh penduduk pangsapuri berkenaan sebelum pihak bomba tiba dengan menggunakan air dan alat pemadam api," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada  Mohd. menurut Sani, berlaku kemusnahan kecil melibatkan syiling koridor dan pintu suis Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Anggota turut melakukan 'overhaul' bagi memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh terjadinya kebakaran.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.-UTUSAN ONLINE