Wan Mohd. Nor Ibrahim

Ketua Pengarah Jabatan Bom­ba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, tin­dakan itu dibuat dalam usa­ha memendekkan tempoh respons pasukan tersebut di bawah 10 mi­nit ke lokasi kemalangan.

Menurut beliau, an­tara lo­ka­si strategik terbabit termasuklah s­e­pan­jang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan lalu­an Pantai Timur.

“Tindakan berke­na­an bagi membolehkan pa­sukan bomba berge­rak lebih cepat jika ada kemalangan di lebuh raya.

“Ini untuk memas­ti­kan bantuan kecemasan dan ra­­watan awal dapat diberikan de­­ngan cepat kepada mangsa kemalangan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan udara sempena Op Ra­ya 2017 di Plaza Tol Tapah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pe­ngarah Jabatan Bomba dan Penyelamat ne­ge­ri, Datuk Yahya Madis.

Tambah Wan Mohd. Nor, seramai 12 anggota termasuk seorang pe­nyelia dengan sebuah jentera akan ditugaskan di se­tiap lokasi sepanjang tempoh ber­kenaan.

Sementara itu, kata beliau, kira-kira 20 peratus daripada se­ramai 13,000 anggota bomba dibenarkan bercuti untuk me­nyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, operasi bomba tidak akan terjejas kerana jabatan akan memastikan bilangan ang­gota yang bertugas mampu mena­ngani apa sahaja kejadian yang berlaku, sama ada kebakaran atau kemalangan.

“Jumlah itu (20 peratus) ha­nya melibatkan kira-kira 2,600 anggota bomba. Kita juga telah me­nukar syif kerja anggota daripada tiga syif sebelum ini ke­pa­da hanya dua syif untuk mengelakkan kekurangan kekuatan pasukan,” katanya.