Mangsa, Haidir Kamarul Bahrin, 40-an, telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini selepas mengalami kecederaan di kakinya menyebabkan beliau tidak dapat berjalan ketika mendaki di kawasan berkenaan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.13 daripada orang ramai.

"Seramai 11 orang anggota bomba dan lima dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan untuk proses mencari mangsa. Berdasarkan daripada maklumat yang diterima kita telah menemui mangsa dalam keadaan selamat kira-kira 5.36 petang.

"Proses membawa turun mangsa mengambil masa beberapa jam sebelum tiba di Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 7.43 malam," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE