Lelaki itu ditemukan kira-kira pukul 2.45 petang tidak berapa jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Mangsa, Muhamad Nizam Ahmad Ansar, keluar mendaki pada pukul 9 pagi, Sabtu bersama-sama 35 rakan sekerjanya yang lain dalam satu aktiviti rekreasi mendaki gunung yang dianjurkan oleh kilang tempat mangsa bekerja.

Dia dipercayai sesat ketika menuruni gunung dan kehilangan mangsa hanya disedari rakan-rakan selepas masing-masing tiba di kaki gunung pada pukul 5 petang.

Menyedari ketiadaan mangsa yang berusia 29 tahun itu, seorang rakannya kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada 3.20 petang semalam di Balai Polis Kampung Gajah. - UTUSAN ONLINE