Mangsa yang juga penduduk tempatan itu dikatakan memandu bersendirian kereta jenis Proton Wira dipercayai dari arah Jeram menuju ke Bukit Kerayong, di sini. 


Bagaimana, kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik sehingga menyebabkan dia cedera di berapa bahagian badan termasuk patah kaki kanan. 


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Ahmad Rozali Jaimi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan selain memaklumkan pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 3.42 pagi. 


“Selepas menerima laporan itu, sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT. Kita tiba dilokasi kejadian dalam tempoh 10 minit kemudian. 


“Kita berusaha mengeluarkan mangsa yang ketika itu masih berada di ruang pemandu kereta berkenaan. Malah, kita turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang didapati mengalami luka di beberapa bahagian badan serta patah kaki kanan,” katanya . 


Tambah Ahmad Rozali, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut oleh pasukan petugas perubatan. - UTUSAN ONLINE.