Kemalangan pukul 6.20 pagi bemula apabila kenderaan MPV polis sedang membantu  sebuah kereta Perodua  Myvi mengalami kerosakan di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.  Zani Che Din berkata, ketika anggota membuat kawalan di lokasi, sebuah motosikal jenis Bimota telah melanggar bahagian belakang kenderaan MPV tersebut.

"Akibat kemalangan itu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan di anggota badannya akibat merempuh kenderaan MPV tersebut.

"Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE