Dalam kejadian pukul 6.15 petang itu, Mohamad Nashahrudin Mat Yusof, 22, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, mangsa menunggang bersendirian, menghala Kuantan dalam perjalanan ke kawasan R&R, bersama rakannya, Mohamad Shukri Othman, 25 dari Bandar Ceneh Baru.

“ Mangsa (pekerja kontrak pembersihan) menemankan rakan yang mahu menjemput isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan rehat tersebut, “ katanya.

Katanya, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan, dan merempuh konkrit jambatan.

Tambah beliau, sepasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Ayer Puteh berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan, dan mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.-UTUSAN ONLINE