Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Azam Shafie Salleh, 26, berasal dari Kampung Simpang Empat Limbat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK).

Pemandu bas ekspres Perdana, Hazli Shafiain, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan dan ketika kejadian, bas terbabit tidak membawa penumpang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, setibanya di lokasi kemalangan yang merupakan kawasan selekoh, motosikal jenis Kawasaki Z8 ditungggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Motosikal mangsa terus melanggar tepi bahagian pemandu bas ekspres Perdana yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang dan motosikalnya hancur di tepi jalan sebelah kiri tidak jauh dari bas ekspres,” katanya.

Mohd. Taufik berkata, mangsa yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya dibawa ke HKK dan meninggal dunia sebaik menerima rawatan kecemasan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE