Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Hanif Zulkifly, 20, berasal dari Benut, Pontian meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan dari arah bandar Pontian ke Benut melanggar pembahagi jalan lalu terbabas.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE