Jurucakap bomba berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya diketuai Awang Ismail Awang Eden bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tentang kemalangan itu pada pukul 12.37 tengah malam.

Katanya, tiba di tempat kejadian, terdapat sebuah kenderaan jenis Proton Saga terjatuh kedalam parit di tepi jalan.

“Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) yang tiba dulu di tempat kejadian sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Mangsa, Lim Kian Hua, 30, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak ambulans di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berasal dari Batu kawa New Township di sini, telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE