Kejadian berkenaan menyebabkan mangsa, Abdul Azim Abdul Wahab, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Avanza dipandu Abdul Azim dari arah Paloh menuju ke Kluang itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Ini menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Kluang, di mana pemandu lori terbabit juga gagal mengelak kereta tersebut yang datang ke arahnya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Abdul berkata pemandu lori itu, D. Chandran, 56, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan. - UTUSAN ONLINE