RANTAU PANJANG 1 Jan. - Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah pacuan empat di jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu berdekatan Kampung Rahmat, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Azizi Alias, 23, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda itu tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan itu berlaku. - UTUSAN ONLINE