Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemilik bengkel nyaris rentung

Kebakaran di Taman Bukit Teratai, Ampang hari ini.
Kebakaran di Taman Bukit Teratai, Ampang hari ini.

KUALA LUMPUR 15 Julai - Seorang pemilik sebuah bengkel kereta cedera ketika menyelamatkan diri apabila bengkelnya terbakar dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, Ampang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, lelaki warga emas berusia 79 tahun itu melecur di muka dan tangan dan bersendirian ketika insiden berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Nizam Abdul Razak berkata, kebakaran tersebut disedari orang ramai sekali gus bertindak menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, sejurus anggota bomba tiba di lokasi, mangsa didapati sudah berada di luar premis dan melecur di beberapa anggota badan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Nizam berkata, kebakaran itu memusnahkan bengkel itu 100 peratus termasuk kedai di sebelah kanannya dan di atas bengkel terbabit.

“Operasi memadam selesai sepenuhnya pada pukul 2.25 petang membabitkan tiga jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Ampang dan Cheras,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain