Ketua Polis Daerah Hulu Sela­ngor, Superintenden R. Supramaniam berkata, mangsa, Mala Anas, 45, yang membonceng motosikal jenis Yamaha LC135 meninggal dunia pada pukul 8.30 malam.

Semalam, seorang penunggang motosikal, Suri Cheng Hong, 50, yang juga suami kepada Mala maut dalam keadaan mengerikan apabila diseret sebuah daripada dua bas yang bergesel dalam kejadian pada pukul 1.35 petang itu.

Kejadian tersebut berlaku apabila sebuah bas persiaran hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah bas ekspres dan kemudian merempuh motosikal terbabit yang tidak sempat mengelak. - UTUSAN ONLINE