Ketua Polis daerah,  Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kejadian kira-kira pukul 8.34 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Nasron Abd. Jalil dalam perjalanan dari arah Lanchang ke Mempaga.

"Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan terbabas dan bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE