Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Tsong Boon Fui, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang memandu sebuah van komersial jenis Nissan Vanette dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke arah Jalan Pending dari Jalan Jugah.


“Setibanya di lokasi kejadian mangsa dipercayai terbabas lalu merempuh penghadang konkrit mengakibatkan bahagian depan van remuk malah mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.


“Orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan kemudian membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau memberitahu, siasatan awal mendapati, tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu.


“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE