SHAHURINAIN JAIS
SHAHURINAIN JAIS

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ujian air kencing ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila teksi dari arah pusat bandar ini menghala ke Pasir Gudang hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar ketiga-tiga motosikal berkenaan.

“Ketiga-tiga penunggang itu sebelum ini dipercayai berhenti pada bahu jalan berkenaan untuk membaiki salah sebuah daripada motosikal yang mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Menurut Shahurinain, Mohamad Alif Aiman Azhar, 15, maut di tempat kejadian manakala Kamarul Fathullah Afiq Kamarul Hashim, 19, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Ujarnya, pemandu teksi bera­sal dari Taman Bayu Pu­teri di sini itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami sakit dada dan kaki.

Tambahnya, lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.