Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu van berbangsa Pakistan itu dikatakan membelok masuk secara tiba-tiba di persimpangan dekat Felda Palong 3.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Azmi Mansor berkata, pada masa sama, sebuah lori tiga tan dari Palong 4 tidak sempat mengelak lalu melanggar van berkenaan.

"Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar dan pemandu van terperangkap dalam kenderaannya," katanya. - UTUSAN ONLINE