Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abd. Rahman berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah ialah  Muhammad Amiruddin Abd.  Majid, 13, dan Ibnu Ahmad  Ahmad, 14,  kedua-dua berasal dari Kampung Maju Jaya, di sini.

Dua remaja yang cedera ialah Nur Iqmal Haffiz Abdul Wahab dan Mohamad Nur Hayatuddin Mazli, kedua-duanya berusia 14  tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat, manakala dua rakan mereka yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE