Dalam kejadian kira-kira pukul 10.37 pagi itu, mangsa, S. Maniam yang memandu Isuzu Dmax itu dikatakan dalam perjalanan ke Sekinchan dari Sabak Bernam sebelum sebuah motosikal melintas di laluan berkenaan secara tiba-tiba.  

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden  Nor Azmi Isa ketika dihubungi hari ini berkata, akibat tindakan penunggang motosikal itu, mangsa  kemudiannya cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah gerai buah-buahan yang berada di tepi jalan berkenaan.

"Sebaik sahaja merempuh gerai buah-buahan itu, kenderaan mangsa terus terjunam di dalam parti berhampiran yang dianggarkan sedalam satu meter.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kehilangan jiwa akibat kejadian itu. Mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kenderaannya pihak didapati rosak teruk di bahagian hadapan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE.