Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, mangsa, Yeong Swee Yin, 58, maut di tempat kejadian dalam nahas berhampiran Kampung Plang pada pukul 4.50 pagi.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Gerik ke Pengkalan Hulu.

"Mangsa yang percayai mengantuk telah hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar tembok simen di sebelah kiri jalan arah ke Pengkalan Hulu.

"Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit dalam kenderaannya dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE