Nahas itu berlaku kira-kira pukul 1.34 petang manakala mangsa, Yahya Ismail, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Shah Alam dikatakan datang dari arah Jalan Pengaturcara selain didakwa memandu kenderaan dengan laju.

“Berdasarkan keterangan awal saksi di tempat kejadian, kereta mangsa didakwa dipandu laju sebelum melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah Persiaran Kerjaya.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tebing tembok batu di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Azman turut memberitahu, penunggang motosikal itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, mayat mangsa turut dihantar ke HSA untuk bedah siasat manakala kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE