Jurucakap bomba berkata, mangsa yang berusia 54 tahun merupakan pemandu kereta jenis Perodua Kembara maut dalam keretanya yang terbakar 90 peratus.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa bergesel dengan sebuah bas ekspres lalu terbabas ke sebelah kiri jalan raya dan terbakar.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 1.50 petang dan ketika tiba di lokasi kemalangan didapati kereta jenis Perodua Kembara tersebut telah terbakar 90 peratus.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 54 tahun yang berada di tempat dudul pemandu didapati telah terbakar dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Meru Raya menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 4.20 petang. - UTUSAN ONLINE