Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemandu maut kenderaan terbabas dalam gaung

Pemandu maut kenderaan terbabas dalam gaung 3
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bahau-Keratong dekat Jempol hari ini. - UTUSAN ONLINE

JEMPOL 21 Mac - Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi ketika mangsa Out Kah Chun, 30, dari Desa Rasah, Seremban dalam perjalanan menuju ke Kuantan, Pahang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noor Zainy Mohd. Noor berkata, nahas dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan ke kiri bahu jalan.

“Pemandu naik semula ke atas jalan sebelum bergesel dengan sebuah kenderaan yang tidak diketahui dari arah bertentangan.

“Akibat pergeseran itu, Hilux tersebut terjunam ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebelah kanan jalan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Zainy berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital akibat kecederaan parah terutama di bahagian kepala. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain