Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari menyebabkan mangsa, Raja Jalaludin Raja Abdullah, 25, maut serta merta.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika lori jenis Mitsubishi Canter yang dipandu mangsa diletakkan di dalam ladang tiba-tiba menggelongsor ke hadapan.

"Ini menyebabkan mangsa cuba melompat ke atas lori untuk mengawal kenderaannya namun tidak sempat.

"Mangsa diheret oleh kenderaannya hingga ke sebatang pokok kelapa sawit dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohamad Zainal, mayat mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang dekat sini untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE