Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya maut serta-merta di tempat kejadian selepas dihempap oleh kayu balak itu di bahagian kaki dan badan.

“Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang membuka salah satu rantai yang mengikat kayu tersebut sebelum sebatang kayu balak yang berada di atas lori berkenaan tiba-tiba terjatuh dan menghempapnya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh salah seorang pekerja kilang tersebut yang kemudian terus menghubungi Balai Polis Chaah bagi memaklumkan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. - UTUSAN ONLINE