Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Muhammad Md. Jidin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan.


Treler mangsa yang membawa muat bahan plastik jenis polyethylene dari Nilai di sini dipercayai merempuh sebuah treler lain membawa muatan tiang cerucuk konkrit yang berheni di lorong kecemasan.


Bagaimanapun, pemandu sebuah lagi treler, Zahari Mamat, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairullizal Abu Kassim berkata, seramai dua pegawai dan lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 7.02 pagi.


“Pihak bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE