Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa turun dari lorinya.

“Mangsa turun untuk memeriksa kawasan parkir dan tanpa disedari, lori berkenaan menggelungsur walaupun dia sudah menarik brek tangan.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jenterta dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamat mangsa yang sedang tersepit,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami kecederaan luaran dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE