Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 10.48 pagi tadi.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandunya, Zamry Manan, 41, tersepit setelah lori tangki dipandu terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa namun didapati sudah meninggal dunia,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 12 tengah hari tadi,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE