Dalam kejadian kira-kira pukul 6.13 petang itu, mangsa, Tabor Anak Balan, 44, tahun dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar muatan berkenaan di satu lokasi di Lembah Klang sebelum gagal memberhentikan kenderaannya ketika melalui kawasan plaza tol terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Nek Zaidi Zakaria berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada kenderaan yang dipandu mangsa mengalami kerosakan brek.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan termasuklah patah kaki kanan manakala kenderaan yang dipandunya remuk teruk di bahagian harapan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang lain dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Nek Zaidi, mangsa yang berasal dari Pandamaran, Klang itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut manakala kes itu di siasat di bawah Rule 110 LN 166/59. - UTUSAN ONLINE