Selain mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, tiga lelaki dan seorang wanita terselamat sebelum mereka menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan ll, Khairol Nizam Aresat berkata, sembilan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera parah dikeluarkan pihak bomba sebelum dihantar ke hospital di Batu Pahat. Operasi tamat pada pukul 1.05 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE