Abdul Mutalib Ab Manaf, 50 yang dalam perjalanan membawa hasil tuaian ke sebuah kilang bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.32 petang.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Ceneh, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hasbullah Halipah memberitahu, lori 10 tan itu dikatakan mengalami kegagalan mekanikal di bahagian brek.

“Ia lalu terbabas dan terjunam dalam gaung,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Hasbullah berkata, satu pegawai dan lapan anggota termasuk sukarelawan bomba dari Balai Ceneh tiba di lokasi satu jam kemudian disebabkan kesukaran untuk sampai di lokasi terpencil itu.

“Mangsa yang tinggal di Bandar Ceneh Baharu kemudian berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam dan kemudian dikejarkan ke Hospital Kemaman. - UTUSAN ONLINE