Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Muhamad Haiqal Hamidan, 24, maut akibat tersepit di dalam lori manakala pemandu treler berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu lori telah memandu dengan laju sehingga hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler yang sedang bergerak perlahan di lorong ketiga.

“Pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE