Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samajaya bergerak ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer (km) dari balai apabila menerima maklumat pada pukul 1.41 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bomba bersama jentera dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi mengeluarkan mayat mangsa, Phang Chang Phiaw, 67, yang tersepit di bawah lori.

“Mangsa telah tercampak keluar melalui cermin kenderaan sebelum jatuh dan tersepit di bawah tayar hadapan lori dipandunya.

“Pasukan bomba menggunakan beg angkat udara dan peralatan menyelamat untuk dapat mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 2.45 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan kanan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan lanjut,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE