Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti dan memandu lori tiga tan jenis Daihatsu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Dua lagi pemandu lori yang turut terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun cedera ringan dan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE