Muhamad Sabri Muhamad Yusof, 45, meninggal dunia di Hospital Batu Gajah pada pukul 11.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan dalaman.

"Kejadian berlaku apabila salah satu kayu balak terjatuh dari atas lori dan menghempap mangsa. Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu berlaku ketika Muhamad Sabri sedang membuka ikatan pengikat kayu balak berkenaan pada bahagian kanan lori tersebut. - UTUSAN ONLINE