Kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi di Bulatan Bukit Tengah, Jalan Permatang Batu di sini, turut melibatkan sebuah kereta.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Azhar Ahmad berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Seorang lagi pemandu lori dan pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi selesai pada pukul 11.45 pagi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE